Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada zaman sekarang ini apapun boleh terjadi, kerana syirik dan dengki,sakit hati atau persaingan perniagaan, membuat seseorang sanggup menyakiti sesama manusia dengan menggunakan ilmu hitam. Selalunya dengan alasan yang tidak munasabah sanggup mengupah bomoh/dukun aliran hitam untuk merealisasikan hajatnya.
Kehadiran saya bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana pusat rawatan Islam/alternatif sedia ada. Sekadar meramaikan lagi perawat-perawat sedia ada kerana di akhir zaman ini semakin ramai orang yang mempunyai masalah-masalah ghaib pada diri mereka atau keluarga.
Dengan rasa rendah hati dan hasil cadangan beberapa org teman dan bekas pesakit, dengan ini saya menawarkan khidmat alternatif secara jarak jauh kepada pelbagai insan yg diluar sana yg mungkin telah buntu berubat dan berikhtiar merata tempat namun tidak sembuh mahupun berkurangan derita yg ditanggungnya kerana perbuatan sihir,saka,guna-guna atau gangguan apapun yg melibatkan ilmu hitam.
Dengan ilmu hikmah tingkat tinggi berteraskan zikirullah dan amalan Warisan Para aulia dan Waliyullah yang saya pelajari dan amalkan sehari-hari,Insyaallah masalah anda akan saya ikhtiarkan dan "sembuh dengan izin Allah SWT" semestinya.
  • Pesakit akan dibimbing semasa dan selepas rawatan (Akan diberitahu dengan jelas caranya kepada pesakit).
  • Tiada unsur khurafat, penggunaan khadam a.k.a jin.
  • Cara rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah islam.
  • Tidak perlu mandi bunga,limau dan segala benda atau ritual yg pelik apatah lagi menggunakan asap kemenyan.
Rawatan Secara Jarak Jauh Sahaja Kerana :
1.Menjimatkan masa pesakit dan perawat
(tak perlu beratur panjang mendapatkan nombor giliran , tak perlu ambil cuti dan tak menyusahkan kaum keluarga yang lain)
2.Menjimatkan kos
( jimat minyak,tol,makan minum)
Jadi cuba fikir dan renung-renungkan berapa banyak anda dah jimat? Anda cuma perlu keluar upah rawatan sahaja sebagai ganti penat perawat meluangkan masa,zikir dan tenaga untuk ikhtiar merawat anda dan juga sebagai ganti rugi risiko yang bakal dihadapi oleh perawat/keluarga antaranya serangan2 dari makhluk ghaib mahupun serangan dari dukun-dukun itu sendiri.
Kadar Upah/Mahar Yang dikenakan bergantung pada kes ringan atau berat dan berapa lama masa yang diperuntukkan untuk rawatan tersebut.
Sila hubungi saya di akubukandukun@yahoo.com untuk konsultasi masalah anda. Kirimkan sekali gambar dan nama pesakit untuk proses scanning. Insyaallah saya akan beritahu apa seadanya dengan izin Allah.
anda juga boleh hubungi saya di forum carigold : link thread akubukandukun di carigold forum

Berita Terbaru

Thursday 29 October 2015
QADA DAN QADAR

QADA DAN QADAR



Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).

SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa. Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).

KONSEP QADA DAN QADAR
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

Berita Terkini
Loading...
Hantar Email Anda
Press Esc to close
Hakcipta © 2012-2015 Rawatan Alternatif AkuBukanDukun Hak Cipta Terpelihara